Sunday, 23 September 2018

PENCARIAN MATLUMAT DI PERPUSTAKAAN

https://www.blogger.com/u/1/blogger.g?blogID=3863274168202903504#allposts
Perpustakaan ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber matlumat dan menyediakan perkhidmatan yang diuruskan oleh perbadanan awam, institusi mahupun persendirian. Perpustakaan berperanan untuk membantu pelajar, guru dan pensyarah dengan menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar mereka tidak hanya mengharapkan buku-buku teks ataupun kaedah tradisional sahaja untuk menimba ilmu. Selain itu, perpustakaan juga merupakan pusat untuk menghasil, mengumpul dan menggunakan pelbagai peralatan oleh wargasekolha ndan IPG khasnya, untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Perpustakaan juga adalah tempat untuk melatih serta membimbing pelajar dan guru dalam menggunakan kemahiran mencari dan mengaplikasikan mtlumat secara sistematik. Namun demikian, pelajar masih bermasalah apabila mereka melangkah ke pusat pengajian yang lebih tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa mereka masih tidak dapat mengintegrasikan ilmu yang dibekalkan.
               Kini, pelbagai media yang boleh didapati di perpustakaan yang boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat terutamanya para pelajar. Antara media yang boleh digunaka

n dan diperoleh di perpustakaan adalah seperti berikut:

·        Kad katalog
-Merupakan senarai material yang terdapat di dalam perpustakaan dan dilakukan oleh unit pengkatalogan sesebuah perpustakaan. Ia digunakan untuk memudahkan pencarian buku oleh pengguna dengan merujuk kepada ciri-ciri buku tersebut.






·        Indeks dan Bibliografi Nasional Malaysia (keluaran PNM)
-Indeks digunakan untuk mengetahui isi kandungan secara kesuluruhan yang terdapat dalam buku tersebut
-Bibliografi merupakan senarai sumber-sumber yang dirujuk dalam menyediakan sesuatu tugasan.








·        Indeks surat khabar
-Disediakan untuk kemudahan pelajar mendapatkan berita dan matlumat yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.









·        Abstrak
-Ringkasan penuh sesebuah rencana penyelidikan, ulasan atau Analisa terperinci sesebuah bidang perkara atau kajian.
-Bertujuan untuk memudahkan pembaca menentukan sama ada tujuan serta hasil sesebuah penyelidikan itu sesuai ataupun tidak dengan kehendak serta keperluan matlumatnya.








·        Rujukan, bibliografi dan indeks pada buku (untuk matlumat tambahan)
-Buku-buku rujukan am memberi matlumat umum dan berguna untuk semua orang.
-Buku-buku rujukan khusus memberi matlumat semasa secara terperinci, mendalam dan khusus untuk pengguna-pergguna tertentu sahaja.
-Bibliografi merupakan satu senarai buku atau daftar penerbitan bercetak yang disusun mengikut nama pengarang nama pengarang, judul atau subjek disusun dalam susunan berabjab.
-Indeks adalah satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatu matlumat seperti topik atau perkataan.







·        Katalog atas talian / online public access catalog (OPAC)
-Sebuah sistem komputer yang digunakan untuk mencari dan mengesan matlumat yang terdapat dalam sesebuah perpustakaan atau sekumpulan perpustakaan.
-Melalui sistem perpustakaan berkomputer, proses memperolehi matlumat perpustakaan turut menjadi lebih mudah.







               Perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi menyebabkan penggunaan perpustakaan telah melangkah lebih jauh lagi. Perpustakaan juga telah menjadi pusat perhubungan antara sekolah-sekolah, IPT dengan agensi-agensi matumat yang lain bagi tujuan berkongsi dan memperolehi bahan dan matlumat. Hal ini selaras dengan keperluan semasa di mana perpustakaan telah dijadikan sebagai pusat yang memberi perkhidmatan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Sebagai pelajar di IPG, anda perlu menggunakan kesempatan ini untuk memperoleh matlumat di perpustakaan.

https://maziahrashid.blogspot.com/p/perkhidmatan-dan-koleksi-perpustakaan.html

No comments:

Post a Comment