Umum mengetahui bahawa
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menjadi sebuah medium
pencarian maklumat yang sangat penting dalam proses pembelajaran di masa kini.
Hal demikian kerana penggunaan ICT adalah sejajar dengan pertumbuhan teknologi
moden dalam sesebuah negara sehingga ianya memainkan peranan yang penting dalam
menentukan kemajuan bidang pendidikan negara tersebut. Matnor Daim (1997)
menyatakan bahawa pembelajaran di abad 21 akan banyak bergantung kepada
teknologi maklumat khususnya penggunaan computer. Kenyataan tersebut secara
tidak langsung akan mengubah proses pengajaran , pembelajaran dan pentadbiran
sesebuah negara. Hal ini demikian kerana penggunaan teknologi komputer dan
internet telah terbukti mampu meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran
dalam sebuah institusi pendidikan. Banyak kajian berasaskan komputer,
multimedia dan internet yang disebut sebagai pembelajaran berasaskan komputer
meninggalkan positif terhadap proses pembelajaran (Taylor, 1980).
Internet merupakan singkatan
daripada perkataan Inggeris “international network”, yang bermaksud sebuah
jaringan informasi global atau dalam bahasa Inggeris juga disebut ‘the largest
global network of computers, that enables people throughout the world to
connect with each other’. Penggunaan jaringan internet ini merupakan sebuah
cetusan ilham dan idea daripada J. C. R. licklider dari Massachusetts Institute
Technology (MIT) pada bulan Ogos tahun 1962. Internet merupakan sebuah jaringan
komputer antarabangsa yang terbesar dan dihubungkan di seluruh kawasan
termasuklah di kawasan perbandaran, perumahan dan tempat-tempat umum seperti di
hospital, sekolah, stesen bas dan sebagainya. Penggunaan internet dapat
memudahkan pelbagai kerja kerana medium tersebut dapat menghubungkan individu
dengan kelompok individu yang lain meskipun dalam jarak yang jauh. Penggunaan
internet dapat memperlebar dunia komunikasi global secara menyeluruh dan
membantu pelajar di negara kita berkongsi maklumat dengan pelajar di negara
lain. Bukan itu sahaja internet juga dapat menyediakan pelbagai jenis sumber
secara meluas di seluruh dunia berdasarkan rangkaian internet yang telah
disediakan. Sehubungan dengan itu, para penyarah dan pelajar akan mudah untuk
menjalankan proses pembelajaran atau mencari rujukan untuk pendidikan. Bukan
itu sahaja, internet juga telah membawa generasi kini kepada sebuah revolusi
yang baru dengan menggabungkan pelbagai info dan maklumat dalam bentuk teks,
video, suara, dan animasi. Hal ini secara tidak langsung dapat memudahkan para
pelajar khususnya untuk menjalankan kajian atau kerja kursus dengan kreatif dan
inovatif.
Selain dari itu, Internet
juga merupakan jaringan global yang menghubungkan berjuta jaringan komputer
seluruh dunia dengan komputer peribadi yang memungkinkan setiap komputer yang
terhubung kepadanya boleh melakukan komunikasi antara satu sama lain (Brace,
1997). Namun begitu, penggunaan internet memerlukan sebuah set komputer dan
modem yang sekurang-kurangnya berkecepatan 14,400, disamping perisian operasi
windows dan perisian Explorer. Antara contoh enjin pencarian yang boleh
digunakan ialah:
Disamping itu, Brace
juga telah menyebutkan bahawa internet merupakan sebuah bentuk ‘kesepakatan’
kerana ia boleh menghubungkan setiap komputer melalui penggunaan protocol
standart, iaitu TPC/IP (Transsmission Control Protocol / Internet Protocol)
yang telah disepakati oleh semua pihak. Dengan bahasa mudahnya, semua komputer
mestilah mengikut piawaian standart komunikasi pengiriman dan penerimaan yang
sesuai untuk menjalankan aktiviti komunikasi agar tidak berlaku sebarang
gangguan atau kesilapan. Hingga ke hari ini pelbagai fasiliti internet telah
dihasilkan untuk kemudahan semua lapisan masyarakat termsuklah golongan pelajar
dan pendidik. Antara kemudahan perisian yang telah dihasilkan oleh jurutera
perisian kini adalah seperti berikut:
Terdapat pelbagai kelebihan internet
dalam media pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah:
Namun begitu terdapat juga kelemahan
penggunaan internet yang mampu memberi kesan negatif kepada para pelajar.
Antaranya adalah seperti berikut:
Kesimpulannya, internet adalah sebuah
alat pembelajaran yang mampu memberi manfaat kepada seluruh manusia berdasarkan
cara penggunaan individu tersebut sama ada untuk menggunakannya untuk cara yang
betul atau sebaliknya. Kewujudan internet telah banyak membantu para pelajar
dan pendidik dalam melakukan proses pengajaran dan pembelajaran di seluruh
dunia. Penggunaan internet juga meningkatkan lagi proses percambahan ilmu
pengetahuan kerana sumber maklumat mudah didapati meskipun kita berada di luar
waktu kelas. Dengan ini, kita dapat mewujudkan sebuah generasi yang bijak
mengurus masa kerana maklumat dan sumber pengetahuan dapat di akses pada
bila-bila masa tanpa mengira waktu dan tempat. Pada pendapat saya pula,
internet mempunyai kemudahannya tersendiri dan mampu meningkatkan lagi sistem
pendidikan di negara kita. Hal ini berikutan kerana penggunaan internet adalah
selaras di seluruh negara termasuklah negara yang mempunyai pencapaian
pendidikan yang tinggi di peringkat global seperti negara Jepun, Korea dan
Amerika Syarikat. Penggunaan internet adalah merujuk kepada pengguna tersebut
sama ada untuk mendapatkan maklumat yang memberikan manfaat kepada mereka atau
tidak. Oleh itu, kita mestilah menggunakan kemudahan yang sedia ada untuk
meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara agar setanding dengan negara luar
di peringkat antarabangsa.